Tuesday, October 11, 2011

Forgiveness

Assalamualaikum!

Hi readers.
Tanpa membuang masa lagi, sila dengar pengakuan ikhlas dari hati kecil saya.

Saya dengan rendah hati, ingin memohon maaf atas semua kesalahan, buruk sangka, umpatan, atau kecil hati yang tak semena-mena, tipu-tipu sunat, kemasaman muka tanpa sebab, kemarahan tak tentu, menyusahkan kamu dan semua perkara yang dirasakan salah di mata anda semua. Yes, anda yang tengah membaca ni. Yes, you.


Maaf juga sebab telah meminta maaf dengan cara macam ini. =)

Juga hari ni malam ni, saya dengan rendah hati memaafkan semua kesalahan manusia, dan (binatang kalau ada) yang saya kenal, atau tak kenal, yang saya tahu kesalahan kamu atau tak, yang kamu umpatkan saya atau tak, yang kamu sengaja atau tak, dengan niat jahat atau baik, pada bila-bila masa, atas apa jua keadaan.

Entry ini adalah salah satu kesan daripada keterharuan diri sendiri bila mengingatkan tentang kata-kata Cik Oprah, yang berkata:

Memaafkan seseorang bukan bermaksud anda boleh menerima perbuatan mereka dahulu, tetapi hanya sekadar untuk melupakan ungkapan ‘Dahulu, dia seharusnya melakukan ini, instead of itu’.

Jadi sekali lagi, maafkan saya.

Terima kasih Cik Oprah.




3 comments: