Sunday, April 3, 2011

KAU TERUNA?

Oh..arini aku terbaca this one article pasal dara dan tak dara. Gile ah. Memang banyak sangat cara yang kononnya boleh check sorang tu dara ke tak dara. Betui ka? Pendapat masing-masing. Bagi aku, benda-benda macam ni buat aku rasa pelik. Aku tak setuju dengan apa yang dikatakan.
Mata lebam, tangan berurat, breast bouncing?!
Macamana ngan gadis gadis dara yang memang fizikalnya macam tu?

Kesian gila.

Satu lagi, kalau lah betul benda ni sekalipon, still ada satu lagi issue. Most of us pun dah tahu kan yang dara pecah tak semestinya sebab seks je. Ada sebab lain macam sukan banyak, penyakit..bla..then, kalau seseorang lelaki tu judge seseorang wanita, and dapat tahu perempuan tu dah tak dara, tak ke benda tu boleh timbulkan fitnah? Because tak ada dara ni selalunya orang kat dunia ni reflectkan pada someone yang penah buat seks.

Benda ni sama dengan konsep HIV. Kalau HIV je, mesti penah wat seks ngan ramai orang pastu jangkit. Padahal ada banyak lagi sebab lain macam tercampur darah dengan orang HIV masa accident ke ape. Tak ke fitnah tu namanya.

Pendapat aku pasal dara ni..aku ingat hokum Tuhan. Kalau dara pecah sebab berzina, berdosalah dia selama dia tak bertaubat sungguh-sungguh or taubat nasuha. Kalau pecah dara sebab bersukan dan lain-lain, maka itu ujian bagi gadis tersebut.

Manakala penerimaan aku terhadap kawan even bakal suami aku sendiri, virginity is not a must sangat. Kalau ada dara or teruna, Alhamdulillah. Kalau takdak pon, aku tak ambik kisah. Yang penting, kalau tiada dara selepas berzina then dia bersungguh-sungguh taubat nasuha, dia mungkin orang yang lebih suci dan kurang dosa dari aku..aku tahu dosa aku bertimbun.

kerana aku pernah dengar bahawa orang yang bertaubat nasuha adalah orang yang umpama suci dari dosa-dosanya yang lalu..

dan kita, yang dara dan teruna ni, perfect sangatkah kita sampai nak check hal sulit orang? pahala dah cukupkah? Iman sihatkah? Tak buat maksiat langsungkah? Hati suci sangatkah?

Aku tak sokong pemecahdaraan, bahkan aku menghargai dara terlalu, tapi aku rasa pelik ngan sikap orang yang buat article ni. Motif?

 Ingatlah, sesiapa yang membuka aib saudaranya, akan dibuka aibnya sendiri oleh Allah s.w.t di dunia atau di akhirat. Dan. Tidakkah memberi tahu tentang cara mengenali tak dara itu sama dengan membuka jalan fitnah dan pengaiban?  

No comments:

Post a Comment