Wednesday, September 28, 2011

Can we not be thicker than these?



Segmen jejak kasih 


Teman baik dan ahli keluarga semestinya tahu saya telah menghadapi beberapa kedegilan semasa proses asasi. Selepas SPM, saya telah ditawarkan untuk membuat Sains Fizik di Kolej Matrikulasi Kedah. Dengan berbekalkan semangat yang jitu serta keexcited-an saya mendapat program matrik setahun, saya telah bertekad untuk belajar di situ, walaupun sains bukanlah kegemaran utama saya. Di sinilah kiranya saya telah bertemu dengan gang-gang skema saya iaitu Shaz, Ecah dan Tijah. Walaupon nama mereka agak klasik, itu tidak membataskan kebaikan mereka mengajar saya matematik-subjek paling saya tidak mahir. Takdir walaubagaimanapun telah berjaya membuat saya penat belajar dan ingin berhenti belajar. Saya menjadi excited untuk keluar. 

2009
Kedah Matriculation College


memakai penutup hidun semasa tersebar selsema baby


oh ya, sila berhenti berfikir kenapa perlu ada peace setiap kali. terima kasih.


Lalu saya memohon utuk Asasi di UIA ataupun dalam bahasa orangputih ialah IIU dalam bidang bahasa Inggeris- subjek kegemaran saya. Ternyata sekali UIA tidak memahami saya apabila ia telah menawarkan bidang Undang-undang kepada saya. Tetapi saya mengeraskan hati dan masuk juga, dengan niat untuk menukar bidang. Satu semester saya diwajibkan membuat bidang undang-undang sebelum boleh memohon bidang Bahasa Ingeris. Syukur, di sini lah saya telah bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Yang baik ada, yang pembuli ada, yang suka perempuan ada, yang alim ada, yang sentiasa sedih ada, yang suka senyum pun ada.  Tak lupa juga saya telah  berjaya bertemu dengan rakan-rakan yang arif lagi bijaksana serta sangat memahami, seperti berikut:

2009
October
Centre for Foundation Studies IIUM, Nilai
Doing Laws


selalu ke pj untuk menagih kasih sayang rakan-rakan di sana. hihi



teman sekelas dan sebilik.

farah dan yana


Kemudian saya telah memohon untuk menukar bidang ke bidang Bahasa Inggeris, seperti perancangan. Syukur sekali lagi, tiada aral datang bergolek. Saya berjaya masuk Ben! Ben@Benl adalah nama manja bagi Bachelor of English Language and Literature. Walaupun sedih meninggalkan rakan-rakan seperti di atas, saya telah berazam untuk mengikut kata hati saya. Syukur juga kerana disebabkan saya dikecualikan untuk mengambil subjek asas bahasa inggeris, tempoh pengajian saya untuk Ben ini adalah setahun. Lalu terjadilah perkenalan dengan rakan-rakan seangkatan ini. 

2010
CFS-ian lagi, dengan course baru~Benl.


cheerful miss hanita 



gawan-gawan di uia pj.

jika diperhati muka mereka seakan kucing sedikit.

Sharifah Noor Fathimah
sher dan nenek comel beliau. :)

muz! 

kina dan mdm. azimah, cikgu linguistics kesayangan kami.





Begitulah sebahagian dari kronikel hidup di kampus saya.. Sekarang saya menuntut di bidang yang sama tetapi sudah naik pangkat jadi budak degree di kampus besar gedabak Gombak. Walaupun sudah jarang bersosial bersama, kenangan itu pasti saya akan memaku di kepala saya... Gelak gedik bersama, tomyam basi bersama, homesick bersama sama. 




:)








p/s: masih merindui kawan-kawan sekolah menengah..
p/s: azianti's missing in cam.




2 comments:

  1. sek3 skema an...:)
    bakpow loni x leh nak jd skema doh...
    stdy pon malas... bg smngat cni ckit na

    ReplyDelete
  2. hahaha.. nk tips ko? paka spek besa kupo jerawat byk! heeee.. heyy miss those times so much syaz! :D

    ReplyDelete