Tuesday, August 2, 2011

Marilah bersahur.



Pra-sahur : 6 keping french toast, 2 keping daging burger, segelas air sejuk.
Tak. Saya tak habiskan sorang-sorang. Kucin saya ada ni.



Baiklah puan-puan, sementara menunggu makanan yang tertera di atas untuk dihadamkan dan menjadi koko, saya akan mengajarkan satu resepi senang boleh buat menggunakan sebelah tangan, sebelah mata, sebelah telinga dan sebelah kaki. 
Nama dia Easy Cheezy French Toast, ataupun dalam bahasa melayu asli, Roti Telur Terkeju.
Very eggy, fluffly and cheezy. Sesuai untuk bersahur.


Bahan-bahannya ialah..
2 sudu besar planta
6 keping roti gardenia, jika anda bernafsu besar sila jangan potong roti tersebut.
Sebiji telur
1 sudu besar susu pekat
Segumpal mozarella.- cheddar pon bolehh

Cara-caranya ialah..
Godek telur dengan susu menggunakan garpu sampai sebati.
cairkan planta dalam non-stick pan.
amik roti, celupkan dalam telur bersusu tadi. gorengkan atas planta cair tadi.
biarkan seminit. balik-balikkan.
taburkan cheese atas toast yang sedang digoreng.
balikkan bahagian yang ada cheese tu 5saat.
angkat. letaklah fresh fruits, cream, or honey or ice cream or biarkan kosong macam tu pon sedap jugak.
hidu
makan.
terharu.
kenyang.
berak.

p/s: ibu telah menasihati saya supaya bercakap saya-awak, i-u, atau wo-ni. senang cari jodoh katanya. baiklah ibu.

p/s: malaikat sentiasa mendoakan orang yang sedang bersahur. :)

2 comments: