Saturday, November 19, 2011

perihal segelintir dai'e

Assalamualaikum. :D

Amboi tajuk. Haha. Ok this one is serious. So I'd appreciate if you treat this post seriously. :)

Terlebih dahulu saya nak minta maaf kalau post kali ni menyentuh hati mana-mana pihak. Keperluan bagi saya untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati ni.

First of all, saya tengok ramai wanita dan lelaki yang berilmu agama tetapi bercakap seolah-olah mereka tak tahu adab. Perkataan-perkataan kasar diguna, kononnya ingin membuatkan si jahil berubah, tapi hakikatnya kata-kata mereka hanya menambah rasa benci orang pada diri mereka sendiri. Sedarlah bahawa kata-kata itu lebih tajam dari pedang. Tak terfikirkah kita dosa yang bakal kita tanggung jika kita mewujudkan perasaan islamophobia kepada si jahil yang masih berjinak-jinak dengan agama? Ingatlah, Nabi kita sangat lemah lembut dan sabar dalam berdakwah..

Jangan dikata pada orang, saya sendiri dah rasa perasaan dihina kerana tak tahu mengaji dan tidak tahu bacaan dalam solat. Pernah bila saya baru mahu belajar iftitah, seorang rakan berkata ‘kau tak tahu baca iftitah, baik takpayah solat terus’. Seriously masa tu rasa terhina dan malu untuk bertanya lagi. Itulah agaknya perasaan orang-orang jahil yang mahu bertanya tetapi diherdik oleh orang-orang berilmu agama. Tak ada salahnya jika kita bercakap lembut dengan mereka. Ingatlah, kata-kata lembut boleh mencairkan hati sekeras kerikil, kata-kata keras boleh mengeraskan hati yang selembut sutera.

Seorang pensyarah saya pernah memanggil saya bila saya mula memakai tudung bulat yang labuh ke kelas. beliau menanyakan apa yang membuatkan saya berubah. Saya hanya tersenyum dan menceritakan perihal penghijrahan kecil saya pada beliau. Selepas cerita hal itu, beliau sempat berpesan pada saya suatu nasihat yang masih terkesan dalam hati saya sampai sekarang.

‘bila ilmu kita makin bertambah, maknanya tanggungjawab kita juga bertambah. Ilmu tersebut harus kita manfaatkan bukan saja untuk diri kita tapi juga untuk sekeliling kita. Jangan sesekali jauhi mereka yang lebih jahil dari kita. Nasihatlah atau setidak-tidaknya tunjukkan sifat baik yang boleh dicontohi. Tapi ingat, nasihatlah dengan cara yang paling lembut tetapi menusuk.’

Satu lagi, islam adalah agama yang sangat flexible. Fahami konsep dan segala hokum-hukum menjadi jelas. Apa yang menjadi masalah adalah apabila kita menutup mata untuk menerima perkara-perkara yang tidak biasa kita lihat dalam budaya orang Melayu dan Malaysia. Menurut pengalaman saya yang tak seberapa, banyak yang conservative tentang konsep menutup aurat. Cubalah buka luas-luas kotak pemikiran kita. Kenapa perlu diharamkan seseorang yang memakai tudung bulat berjahit tengah berkain koshibo untuk memakai tudung bidang ataupun pashmina yang labuh, apabila kita sudah sedia maklum tudung-tudung sebegitu memang mematuhi syarak? Kenapa perlu menyempitkan kemudahan yang Allah beri semata-mata kerana budaya? Apapun, itu pengalaman saya. Kadang-kadang apa yang kita lakukan ada saja yang pelik di mata orang.

Selain dari tu, saya agak pelik dengan sesetengah pihak yang lebih gemar menjaja kekurangan/kejahilan orang lain terutama dalam hal politics. Yes, kadang-kadang apa yang dilihat dari mata orang Malaysia dan Muslim sendiri, mereka mungin tak tahu hokum atau melanggar hokum yang sudah diketahui. Tapi cuba fikir balik, adakah betul cara kita untuk menjaja dan menshare articles yang kita sendiri pun tak tahu kesahihannya seratus peratus. Kalaulah benda yang disebarkan itu salah, tidakkah kita telah melabur saham ke neraka? Fikir balik niat kita, adakah perbuatan kita tu berniat menyedarkan individu tersebut, atau sebaliknya (nauzubillah) untuk mengaibkan individu tersebut.

So yeah, tu saja agaknya. Sekali lagi, maaf pada yang terasa. Jika salah minta dibetulkan. Harapnya perkongsian ini menjadi peringatan bagi diri sendiri yang masih merangkak dan kepada semua yang membaca. Sekian. ^.^V salam.







No comments:

Post a Comment